Kelab Chilox Profile adalah salah satu kelab kereta di antara kelab-kelab kereta lain. Chilox Profile mula ditubuhkan pada awal bulan Jun tahun 2000. Pada mula kelab ini ditubuhkan ahli-ahlinya terdiri daripada bekas rakan-rakan sekolah di Subang Jaya. Ianya cuma 10 biji kereta sahaja. Setelah kelab ini beroperasi hingga ke hari ini, ahli-ahlinya telah meningkat hingga sekarang hampir 30 biji kereta. Antara kereta-kereta dalam kelab ini terdiri daripada Kancil,Iswara Aeroback, Satria, Honda VTEC dan beberapa jenis lagi. Kelab Chilox Profile bertapak di Seksyen 19 Subang Jaya, yang majoriti ahli-ahli kelab tinggal di sana. Perkataan Chilox dicipta oleh Leader kami iaitu saudara Syamsul Irwan atau lebih mesra dengan panggilan Syem. Manakala perkataan Profile pula diilhamkan oleh saudara Md. Hisham iaitu Marshall Leader kami. Chilox Profile juga mempunyai logo, logo kami telah pun anda lihat, ianya ada di setiap laman web ini. Ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang logo kami boleh pergi ke laman LOGO KELAB. Inilah saja penerangan untuk kelab kami buat masa ini. Insya Allah jikalau ada sebarang perubahan ianya akan di updatekan secepat mungkin. Jika ada sebarang salah & silap harap dimaafkan. Sekian Wassalam.
Izmin Mashi (Leader Designer)
|